Huawei sering memperkenalkan cip pemprosesan baru bersama-sama pengenalan siri telefon pintar Mate. Dengan kehadiran Mate 30 yang dijangka dalam beberapa bulan lagi, Huawei turut sama dijangka memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Kirin 990.
Terkini, menurut laporan awal, Huawei dilihat mengesahkan yang mana cip pemprosesan Kirin 990 akan menyertakan sokongan rakaman video pada resolusi 4K dibawah kadar 60fps.
Ini sekaligus akan membolehkan anda merakamkan video pada resolusi dan kualiti lebih tinggi melalui telefon pintar dibawah siri Mate 30 kelak. Langkah ini juga akan memposisikan Mate 30 setara dengan sejumlah telefon pintar mercu lain dengan sokongan yang lebih kurang sama.
Huawei diperkatakan mungkin memperkenalkan peranti baru mereka ini seawal bulan September kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan peranti mercu terbaru daripada Huawei ini.