Redmi Bakal Melancarkan Televisyen Pintar Pertama Mereka Pada 29 Ogos Di China

Redmi Bakal Melancarkan Televisyen Pintar Pertama Mereka Pada 29 Ogos Di China

Diterbitkan pada Ogos 19, 2019 oleh .

Redmi merupakan sub-jenama dibawah Xiaomi, dimana mereka telah mula menawarkan beberapa peranti selain telefon pintar dibawah jenama berkenaan. Kini, menambah lagi penawaran dibawah jenama Redmi, mereka bakal memperkenalkan sebuah televisyen pintar pada 29 Ogos 2019 kelak.

Melalui gambar acah yang dikongsikan di media sosial, mereka memperlihatkan ia akan menawarkan saiz skrin sehingga 70-inci, dan dijangka hadir dengan penawaran sistem lebih kurang sama seperti televisyen pintar Xiaomi.

Redmi TV

Kita juga mungkin melihat ia hadir dengan sokongan audio yang baik, selain paparan 4K bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 29 Ogos 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Redmi melalui televisyen pertama mereka.


TIPS & ULASAN