Samsung Akan Menawarkan Kerangka Adiwira Marvel Untuk Galaxy Note 10

Samsung Akan Menawarkan Kerangka Adiwira Marvel Untuk Galaxy Note 10

Diterbitkan pada Ogos 19, 2019 oleh .

Siri filem yang paling hangat pada waktu ini pastinya adalah yang diterbitkan oleh Marvel Studios. Kesemua filem yang dikeluarkan pecah panggung dengan Avengers End Game kini adalah filem dengan kutipan tiket tertinggi dalam sejarah melangkaui kutipan Avatar. Bagi peminat Marvel dan Samsung Galaxy Note 10, kerangka edisi khas dengan rekaan adiwira komik bakal ditawarkan.

Menurut ciapan @evleaks, kerangka tahan lasak untuk Note 10 dan Note 10+ akan ditawarkan.Rekaan yang ditawarkan ialah watak Captain America, Deadpool, Iron Man dan Spider Man. Selain kerangka, tema ataramuka untuk keempat-empat watak juga boleh dimuat turun oleh pemilik. Bagi yang berminat anda hanya perlu menanti pengumuman rasmi dari pihak Samsung dalam masa terdekat. Sebelum ini kerangka Marvel turut ditawarkan untuk Galaxy S10, S10+, A40, A50 dan A70.


TIPS & ULASAN