Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Mi 9T Pro. Seperti ramai sedia maklum, ia adalah variasi Redmi K20 Pro untuk pasaran global.

Dari segi spesifikasi, Mi 9T Pro dijangka hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED FHD+, dijana Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM, bateri 4000mAh, dan tri-kamera dibahagian belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelancaran rasmi di Malaysia akan mengambil tempat. Memandangkan Xiaomi Malaysia telah mula mengacah, dan pelancaran global dijangka diadakan pada minggu ini, maka kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd