Cari @ Amanz

Neffos hari ini melancarkan dua peranti baharu mereka iaitu Neffos X20 dan X20 Pro untuk pasaran Malaysia hari ini. Kita mulakan dengan Neffos X20 yang dilengkapi skrin 6.26″ LCD HD+, dijana cip empat teras MediaTek Helio A22, memori sebesar 2 GB, storan 32GB, kamera hadapan 8-Megapixel, kamera utama 13+5 Megapixel dan bateri sebesar 4100 mAh.

Seterusnya ialah Neffos X20 Pro yang  juga dilengkapi 6.26″ LCD HD+, dijana cip lapan teras MediaTek Helio P22, memori sebesar 3GB, storan 64GB, kamera hadapan 13-Megapixel, kamera utama 13+5 Megapixel dan bateri sebesar 4100 mAh.

Di Malaysia The Neffos X20 ditawarkan pada harga RM449 manakala Neffos X20 Pro pula pada harga RM599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd