Razer Phone Pertama Mula Menerima Kemaskini Android Pie – Hadir Dengan Pepijat Game Booster

Razer Phone Pertama Mula Menerima Kemaskini Android Pie – Hadir Dengan Pepijat Game Booster

Diterbitkan pada Ogos 19, 2019 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Razer, Razer Phone pertama akan menerima kemaskini Android Pie. Janji itu adalah pada bulan Julai lepas dan akhirnya selepas satu bulan, kemaskini ini mula diedarkan kepada pengguna. Android Pie hadir dengan banyak perubahan, seperti kawalan gestur baharu, Digital Wellbeing atau juga Adaptive Battery.


Kemaskini Android Pie buat Razer Phone ini bersaiz sekitar 1GB. Ia boleh dikemaskini secara OTA dan pengguna tidak perlu bersusah payah memuat turun fail berasingan dan flash kemudian. Log perubahan yang diberikan tidak banyak, berikut adalah antara perubahan yang diberikan;

  • Adaptive Battery
  • Kawalan gestur
  • Pengurus notifikasi
  • Sokongan Digital Wellbeing
  • Kemaskini tampalan sekuriti Julai 2019
  • Membaiki beberapa pepijat

Dukacita dimaklumkan, walaupun ia adalah satu kemaskini yang ramai nantikan – ia hadir dengan pepijat pada Game Booster. Game Booster iaitu aplikasi sistem untuk mengoptimasikan prestasi peranti agar pengalaman bermain permua lebih baik mempunyai masalah. Menurut wakil Razer di Reddit, ia akan dibaiki dalam masa yang terdekat.

Sudakah anda mengemaskininya?


TIPS & ULASAN