Huawei Mengacah Acara Pengumuman Pada IFA 2019 – Pengenalan Cip Kirin 990?
August 19, 2019
Huawei
Aman
Huawei hari ini telah menerbitkan video acah untuk sebuah pengumuman misteri pada IFA 2019 kelak. Ia akan diadakan pada 6 September 2019, dimana Huawei menggunakan slogan “Rethink Evolution”.
https://www.youtube.com/watch?v=c4Z0ouDExp4
Pada acara berkenaan, Huawei dijangka memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Kirin 990. Cip berkenaan dijangka akan menguasakan telefon pintar Mate 30 akan datang.
Selain pelbagai integrasi teknologi baru, cip berkenaan juga dijangka akan turut mengintegrasikan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya.
Seperit biasa, sama-sama kita nantikan awal September ini untuk melihat sendiri kejutan daripada pihak Huawei.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.