Chrome Akan Membuang Sokongan Sambungan Berasaskan FTP Tidak Lama Lagi

Chrome Akan Membuang Sokongan Sambungan Berasaskan FTP Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

FTP atau File Transfer Protocol merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk menguruskan fail-fail dan dokumen pada sesuatu pelayan web. Melaluinya, ia memudahkan proses muat-naik, menggantikan dan juga memadam sesuatu fail pada pelayan.

Sambungan berasaskan FTP telah pun disertakan pada beberapa pelayar web, termasuk pada Google Chrome. Namun, bergerak kehadapan, perkara berkenaan dijangka akan berubah.

Hal ini adalah kerana sambungan berasaskan FTP jarang digunakan pada pelayar web Chrome oleh para pengguna, selain mana tiada sokongan sambungan FTPS pada Chrome yang menawarkan sekuriti tambahan untuk pengguna.

Memandangkan penggunaan tidak tinggi, dan ramai menggunakan klien tersendiri untuk sambungan berkenaan, maka Chrome dilihat akan membuangnya tidak lama lagi.

Bagi anda yang masih aktif menggunakan sambungan berasaskan FTP, mungkin boleh menyemak beberapa klien popular dipasaran, termasuk antaranya FileZilla dan juga Cyberduck.


TIPS & ULASAN