(Ura-Ura) Perkhidmatan Apple Arcade Dijangka Menawarkan Harga Langganan $4.99 Sebulan

(Ura-Ura) Perkhidmatan Apple Arcade Dijangka Menawarkan Harga Langganan $4.99 Sebulan

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Apple telah pun memperkenalkan Apple Arcade pada bulan Mac yang lepas, dimana ia akan menawarkan perkhidmatan permainan video yang boleh dimainkan pada pelbagai peranti keluaran Apple dengan hanya satu langganan.

Perkhidmatan berkenaan dijangka akan dilancarkan bersama-sama iPhone baru pada acara September kelak, dan kini info awal berkenaan harganya telah mula kedengaran.

Apple Arcade

Menurut 9to5Mac, melalui sebuah API yang ditemui, ia memperlihatkan Apple Arcade akan ditawarkan pada harga langganan $4.99 di Amerika Syarikat. Buat masa ini, harga tempatan masih belum diketahui – malah Apple sendiri masih belum mengesahkan harga nya secara rasmi.

Tetapi, sekiranya benar, maka ia boleh dikatakan agak murah untuk penawaran akses premium kepada pelbagai permainan pada iOS, Mac dan juga Apple TV. Apple sebelum ini telah mengatakan lebih 100 permainan akan ditawarkan melalui Apple Arcade pada peringkat permulaan – dan harga berkenaan boleh dikatakan sangat kompetitif sekiranya penawaran permainan yang hadir adalah menarik melalui Apple Arcade.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran Apple Arcade ini tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN