Google Duo Kini Hadir Dengan Mod Panggilan Video Untuk Keadaan Cahaya Yang Malap

Google Duo Kini Hadir Dengan Mod Panggilan Video Untuk Keadaan Cahaya Yang Malap

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Google Duo adalah aplikasi panggilan video daripada Google. Ia hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik yang tiada pada aplikasi panggilan video lain. Google Duo ini boleh dikatakan adalah jawapan Google kepada Face Time Apple.

Terkini, Google Duo telah dikemaskini dengan sokongan panggilan video pada keadaan cahaya yang malap. Ini bermakna, jika anda membuat panggilan video pada waktu malam, di dalam bilik yang gelap atau di kawasan luar rumah yang kurang cahaya – wajah anda akan jelas kelihatan dan menjadi terang.

Mod ini menggunakan sensor daripada peranti untuk mengesan cahaya di sekeliling pengguna. Jika kurang cahaya yang dikesan, mod ini akan diaktifkan secara automatik. Mod baharu ini akan mula diedarkan kepada semua pengguna Android dan iOS bermula minggu ini.

Muat Turun Google Duo Untuk Android Di Play Store

Muat Turun Google Duo Untuk iOS Di App Store


TIPS & ULASAN