Tencent merupakan salah satu syarikat internet terkemuka dari China, dan mempunyai sejumlah penawaran menarik dibawah mereka. Salah satunya adalah perkhidmatan penstriman video mereka, WeTV.
Terkini, selepas terhad di beberapa buah negara sebelum ini, kini WeTV dilihat sudah turut boleh diakses di Malaysia.
Melalui WeTV, pengguna boleh mengakses kepada sejumlah kandungan dari China dengan mudah, dan menontonnya terus melalui web, atau aplikasi mudah-alih.
Ia boleh diakses secara percuma, selain turut menawarkan akses premium dengan label VIP.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran WeTV ini hari ini.
- Info
- Layari : WeTV