Cari @ Amanz

NVIDIA sebelum ini telah menawarkan perkhidmatan penstriman permainan GeForce Now untuk Mac. Kemudian ia hadir pula untuk Windows dan baru-baru ini, semasa acara Gamescon NVIDIA mengumumkan yang NVIDIA GeForce Now turut akan hadir kepada lebih banyak peranti Android lain.

GeForce Now Windows

Sebelum ini peranti Android yang menyokong GeForce Now adalah NVIDIA Shield TV sahaja. Selain itu, bermula hari ini juga NVIDIA akan mula memasukkan kad grafik GeForce RTX ke rangkaian GFN mereka di pusat data di Jerman. Ini bermakna pengguna-pengguna GeForce Now akan menikmati prestasi RTX secara awanan sahaja. Jika sebelum ini sudah sebanyak 1 bilion peranti menggunakan GeForce Now, kelak ia akan menjadi 2 bilion dengan menambah sokongan peranti-peranti Android – termasuk peranti mercu LG dan Samsung.

GeForce Now Windows

NVIDIA GeForce Now juga kini telah menjadi platform terbuka kepada pemain, pembangun dan penerbit. Sekarang sahaja sudah lebih 500 permainan yang terdapat dalam GeForce Now. Kelak Control (akan datang), Fallout 76, FortniteShadow of the Tomb RaiderWolfenstein: Youngblood dan jugaWorld of Tanks akan dimasukkan dalam senarai.

Akan tetapi, apabila perkhidmatan ini mula hadir ke Android – ia akan hadir dalam bentuk beta. Duka cita dimaklumkan yang perkhidmatan ini tidak boleh dimainkan di Malaysia secara rasmi. VPN perlu digunakan jika anda berminat. Sama-sama kita nantikan versi Android akan datang, jika ada cara untuk kita mainkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd