Dell Memperlihatkan Peranti Alienware Terbaru Mereka – Alienware Aurora R9

Dell Memperlihatkan Peranti Alienware Terbaru Mereka – Alienware Aurora R9

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Persidangan permainan video Gamescom kini sedang berlangsung di Cologne, Jerman, dan beberapa syarikat pembina peranti dan komputer dikatakan sedang memperlihatkan peranti-peranti terbaru mereka.

Diantaranya ialah Dell, dimana mereka telah memperlihatkan beberapa peranti dan perkakasan baru dibawah jenama Alienware. Pertama ialah komputer desktop gaming mereka yang dinamakan Alienware Aurora R9.

 

Komputer desktop ini hadir dengan rekaan minimalis dengan pilihan warna hitam, ataupun gabungan warna hitam dan putih. rekaan rangka komputer ini juga lebih kearah bentuk yang lebih bulat berbanding rekaan bersegi sebelum ini.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, Alienware Aurora R9 ini dilengkapi dengan siri CPU Intel generasi kesembilan, pilihan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD yang besar. Selain daripada itu, pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan kad grafik terbaru daripada AMD ataupun NVIDIA.

Selain dari itu, Dell juga menunjukkan paparan skrin terbaru dan terbesar mereka, iaitu Alienware 55 OLED Gaming Monitor, iaitu sebuah paparan skrin OLED bersaiz 55 inci dengan sokongan untuk resolusi 4K dan juga kadar segar semula 240Hz dengan sela-masa 0.5ms sahaja.

Menurut Dell, kedua-dua produk ini akan tiba di pasaran global tidak lama lagi. Komputer Alienware Aurora R9 akan boleh dibeli pada harga bermula $950 (~RM3900), manakala paparan skrin Alienware 55 OLED Gaming pula akan tiba pada bulan September kelak pada harga


TIPS & ULASAN