Huawei Nova 5T Akan Melakukan Kemunculan Sulung Di Dunia Ketika Acara KL Fashion Week 2019

Huawei Nova 5T Akan Melakukan Kemunculan Sulung Di Dunia Ketika Acara KL Fashion Week 2019

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Peranti Huawei Nova 5T muncul secara tiba-tiba di laman Google minggu lalu. Menarik sekali peranti ini akan melakukan kemunculan sulung di peringkat global ketika acara KL Fashion Week 2019 yang berlangsung pada 25 Ogos hadapan.

Sempena kemunculan sulungnya yang pertama, Huawei mengadakan pertandingan mengambil swafoto yang memberikan peluang kepada pemenang untuk menghadiri acara KL Fashion Week 2019. Terma dan syarat pertandingan adalah seperti di dalam pautan sumber di bawah.

Huawei Nova 5T dipercayai akan dilengkapi skrin 5.5″, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, storan 128 GB, kamera swafoto 32MP, kamera utama 48+16+22 MP dan bateri sebesar 3750 mAh. Spesifikasinya hampir sama dengan Honor 2 tetapi dengan skrin yang kecil. Misteri mengenai rekaan sebenar peranti ini akan terjawab ketika acara KL Fashion Week 2019 kelak.


TIPS & ULASAN