Swafoto ‘Playground’ Kini Boleh Dilakukan Pada Google Pixel 3a XL

Swafoto ‘Playground’ Kini Boleh Dilakukan Pada Google Pixel 3a XL

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Google Pixel 3a XL adalah telefon pintar kelas pertengahan dengan pengalaman ‘Pixel’ yang murah. Ia mempunyai fungsi dan ciri yang sama pada Google Pixel 3 biasa, seperti pembesar suara stereo, skrin OLED dan juga kamera Google yang terbaik. Tetapi, satu ciri yang kurang pada Pixel 3a dan 3a XL adalah fungsi realiti terimbuh ‘Playground’ yang hanya terhad kepada kamera utama sahaja.

Akhirnya selepas beberapa bulan, ‘Playground’ dikemaskini untuk Google Pixel 3a dan 3a XL. Ia kini menyokong rakaman menggunakan kamera swafoto. Selain itu, antaramuka ‘Playground’ juga kini telah menyokong paparan mod tema gelap. Jadi kini, pengguna siri Pixel 3a XL tidak lagi terhad dengan pelekat realiti terimbuh melalui kamera utama. Untuk menggunakan kamera ‘Playground’ pada kamera swafoto, pastikan aplikasinya telah dikemaskini di Play Store.

Muat Turun Playground Di Google Play Store


TIPS & ULASAN