Realme 5 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 712, Empat Kamera Belakang, Pengecas Pantas VOOC 3.0

Realme 5 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 712, Empat Kamera Belakang, Pengecas Pantas VOOC 3.0

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Realme hari ini telah memperkenalkan telefon pintar berkuasa mereka yang terbaru, dinamakan Realme 5 Pro. Ia hadir dengan rekaan kerangka belakang yang memberikan refleksi cahaya dengan corak yang menawan, selain pada masa yang sama menjadi telefon pintar pertama Realme dengan sokongan empat kamera belakang.

Realme 5 Pro

Realme 5 Pro menyertakan gabungan empat kamera dibahagian belakang, iaitu kamera 8MP untuk rakaman ultra-lebar, kamera utama 48-megapixel, kamera rakaman potrait 2MP, dan juga kamera rakaman makro 2MP.

Realme 5 Pro

Realme 5 Pro

Pada bahagian hadapan, Realme 5 Pro menyertakan skrin 6.3-inci dengan paparan FHD+, rekaan skrin bertakuk.

Menjana peranti ini adalah cip Snapdragon 712, sekaligus menawarkan prestasi yang baik, termasuk sokongan GPU Adreno 616. Ia hadir dengan rekaan 10nm untuk menawarkan prestasi berkuasa dengan penggunaan kuasa yang sangat efisien.

Realme 5 Pro turut hadir dengan memori sehingga 8GB RAM, selain storan 128GB berasaskan UFS 2.1.

Untuk tujuan pengecasan, ia hadir dengan VOOC 3.0 berasaskan USB Type-C yang hadir terbina dalam kotak pembelian untuk mengecas bateri 4035mAh. Realme 5 Pro juga turut menyertakan sokongan bicu audio bersama-sama dengannya.

Realme 5 Pro akan ditawarkan di India pada harga bermula Rs13,999 iaitu sekitar RM817. Ia akan dijual di India bermula 4 September kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan.

Realme 5 Pro


TIPS & ULASAN