Dengan pengenalan dua telefon pintar dibawah siri Realme 5, pihak Realme turut mengacah mereka akan memperkenalkan Realme XT tidak lama lagi, dan akan menawarkan kamera 64-megapixel bersama-sama dengannya.
Realme XT ini turut akan menawarkan empat-kamera belakang bersama dengannya. Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui.
Realme memberikan petanda yang mana telefon pintar Realme XT ini mungkin diperkenalkan pada bulan Oktober kelak.