Kemaskini Android Pie Untuk Razer Phone Dihentikan Seketika

Kemaskini Android Pie Untuk Razer Phone Dihentikan Seketika

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Razer baru sahaja mula mengedarkan kemaskini Android Pie untuk Razer Phone. Kemaskini ini sudah dinantikan lama oleh pengguna Razer dan hujung minggu lalu, pasti ramai pengguna gembira kerana dapat menggunakan Adnroid Pie rasmi secara terus daripada Razer.

Walaupun kemaskini tersebut hadir dengan pepijat Game Booster. Wakil Razer di Reddit telah memberi cadangan cara untuk mengelak daripada pepijat itu menganggu. Namun mungkin cara ini tidak diendahkan oleh ramai pengguna – jadi baru-baru ini Razer terpaksa menghentikan sementara pengedaran kemaskini ini. Menurut wakil Razer, jika pengedaran kemaskini ini diteruskan – beliau akan memaklumkannya melalui Reddit.

Bagaimana pula dengan pengguna Razer Phone di Malaysia, sudahkah anda berjaya mengemaskini ke Android Pie? Atau tidak sempat ia tiba di Malaysia, kemaskini ini sudah ditarik kembali?


TIPS & ULASAN