WhatsApp Dilaporkan Dalam Perancangan Untuk Melancarkan Perkhidmatan Pembayaran Di Indonesia

WhatsApp Dilaporkan Dalam Perancangan Untuk Melancarkan Perkhidmatan Pembayaran Di Indonesia

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah pun menyatakan hasrat untuk memudahkan pengguna menghantar dan menerima wang melalui platform permesejan berkenaan – selain telah mula menguji di India dan menunggu kebenaran untuk beroperasi sepenuhnya disana.

Kini, selain India, pihak WhatsApp dilaporkan turut dalam persediaan untuk memperkenalkan perkhidmatan pembayaran di Indonesia.

Di Indonesia, WhatsApp dilaporkan merancang untuk bekerjasama dengan sejumlah dompet digital tempatan dalam mengintegrasikan kemudahan pembayaran terus melalui platform permesejan berkenaan.

Menurut Reuters, WhatsApp telah pun dalam perbincangan awal bersama beberapa pihak, termasuk antaranya adalah Go-Jek, selain bank tempatan sana, iaitu Bank Mandiri.

Buat masa ini, proses ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal memandangkan WhatsApp perlu menerima kebenaran daripada beberapa pihak – berkemungkinan daripada Bank Indonesia sendiri sebelum dapat memperkenalkan perkhidmatan pembayaran melalui platform permesejan mereka.


TIPS & ULASAN