Carian
Google Go Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Android Seluruh Dunia
August 21, 2019 Aman

Google mempunyai beberapa penawaran aplikasi dibawah keluarga “Go” – dimana ia memfokuskan kepada aplikasi yang ringan dan tidak menggunakan ruangan storan besar. Salah satunya adalah Google Go.

Ia telah ditawarkan dibeberapa buah negara, dan peranti terpilih sejak 2017 yang lepas, dan hari ini, Google mengumumkan penawaran aplikasi berkenaan secara terbuka kepada semua pengguna Android seluruh dunia.

Menggunakan Google Go, anda boleh melakukan carian sesuatu informasi di web dengan lebih pantas. Selain daripada itu, ia turut mengintegrasikan sokongan Google Lens untuk membuat carian atau terjemahan menggunakan kamera.

Menariknya, ia turut dioptimasikan untuk beroperasi pada sambungan internet yang lemah, dan turut menggunakan storan yang rendah. Ini membolehkan anda menggunakannya dimana-mana walaupun sekiranya sambungan rangkaian mudah-alih anda tidak laju.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Google Go ini hari ini.

Komen