Carian
Honor GamePad – Alat Kawalan Permua Untuk Telefon Honor 20 Pro
August 21, 2019 Aman

Honor hari ini telah memperkenalkan alat kawalan permua untuk telefon Honor mereka, iaitu Honor GamePad.

Honor GamePad hadir dengan sokongan sambungan berasaskan Bluetooth, dimana ia membolehkan pengguna menambah ia pada peranti, dan menggunakannya untuk mengawal permainan apda peranti Honor.

Honor GamePad

Walaupun ia agak pelik kerana hanya ditawarkan pada satu bahagian sahaja, namun memandangkan ia turut hadir dengan bateri tambahan 400mAh, ia mampu menawarkan tenaga tambahan ketika anda memainkan permua pada peranti Honor.

Buat masa ini, Honor GamePad hanya ditujukan untuk Honor 20 Pro sahaja. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Komen