Carian
Microsoft Kini Menawarkan Pelayar Web Edge Berasaskan Chromium Dalam Bentuk Beta
August 21, 2019 Aman

Microsoft telah pun dalam pembangunan pelayar web generasi baru berasaskan enjin Chromium sejak beberapa bulan lepas. Sebelum ini mereka telah menawarkannya dalam saluran pembangunan Dev dan Canary. Hari ini, Microsoft memberikan petanda ia semakin menghampiri pelancaran dengan pengenalan Edge versi Beta.

Microsoft Edge Beta ini ditawarkan untuk sistem operasi Windows dan juga mac OS.

Microsoft Edge Beta

Microsoft mengatakan akan menawarkan kemaskini untuk saluran Beta ini setiap enam bulan. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan masih belum menawarkan sokongan sync dan sebagainya.

Namun, dengan pengenalan Edge pada versi beta ini, ia sekaligus memberikan petanda pelancaran rasmi pelayar web berkenaan semakin hampir.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Edge versi beta ini hari ini.

Komen