Carian
YouTube Akan Membuang Sokongan Permesejan Langsung Pada 18 September
August 21, 2019 Aman

YouTube telah pun memperkenalkan sokongan permesejan langsung pada perkhidmatan mereka sekitar dua tahun lepas. Walaubagaimanapun, ciri berkenaan tidak begitu popular digunakan, dan tidak mempunyai angka penggunaan yang tinggi.

YouTube Mesej

Kini, Google mengumumkan yang mana mereka akan membuang ciri permesejan langsung pada perkhidmatan perkongsian video berkenaan pada bulan hadapan, iaitu pada 18 September 2019 kelak.

Mereka mengatakan akan lebih memfokuskan kepada ciri perbincangan dan komunikasi secara terbuka – termasuk pada bahagian komen dan juga Stories.

Komen