GMail Menambah Sokongan Pembetulan Ejaan Dan Tatabahasa Secara Pintar

GMail Menambah Sokongan Pembetulan Ejaan Dan Tatabahasa Secara Pintar

Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 oleh .

Google sedia mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan pada sejumlah perkhidmatan mereka. Terbaru, Google turut memperkenalkan sokongan semakan ejaan dan tatabahasa yang lebih baik dikuasakan pembelajaran mesin pada GMail.

Buat masa ini, ia dilihat lebih kepada sokongan untuk bahasa Inggeris sahaja, dan dijangka diperluaskan ke bahasa lain.

Melalui integrasi ini, pengguna GMail boleh menaip seperti biasa, dan ia akan membetulkan ejaan anda secara automatik sekiranya tersalah ejaan. Selain itu, ia juga akan mengenalpasti kesalahan tatabahasa dalam penulisan emel pengguna.

GMail Autoeja

Hal ini semestinya akan digemari ramai, memandangkan ia akan mengurangkan kesalahan ejaan dan tatabahasa ketika berkomunikasi secara profesional menggunakan emel.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna yang tidak menyukainya turut boleh mematikan sokongan ini pada halaman tetapan GMail.


TIPS & ULASAN