Kerajaan negeri Selangor hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi yang ingin memudahkan pembayaran secara nirtunai untuk sejumlah perkhidmatan kerajaan, iaitu Citizen E-Payment Platform atau turut dikenali dengan singkatan CEPat.
CEPat ingin menjadi pusat sehenti untuk rakyat Selangor, sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya dalam membayar kepada sejumlah perkhidmatan berbayar kerajaan negeri dipelbagai peringkat dan pentadbiran negeri.
Antara yang disokong melalui CEPat adalah termasuk pembayaran untuk Cukai Taksiran, Kompaun, Lesen, Parkir dan beberapa penggunaan lain.
Aplikasi CEPat akan ditawarkan secara rasminya di Android dan AppStore bermula 1 Oktober 2019 kelak. Apa pun, bagi anda yang ingin mencuba, boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store dalam versi pembangunan pada hari ini.