Google Assistant adalah pembantu maya/digital daripada Google. Sehingga hari ini ia masih lagi pembantu digital yang paling pintar. Antara perkara menarik pada Google Assistant adalah suara-suaranya yang sungguh semula jadi. Ia seakan manusia yang bercakap dan bukannya ‘robot’.
Ini adalah kerana Google mempunyai sistem mereka yang tersendiri. Terkini, Mobvoi iaitu syarikat yang menghasilkan TicWatch turut ingin menghasilkan sistem ucapan dengan yang semula jadi tersendiri. Sistem ini diberi nama MeetVoice, iaitu sistem ucapan sintesis dengan suara yang lebih semula jadi.
Sistem ini adalah untuk mengubah teks-ke-ucapan (TTS, text to speech). Mobvoi tidak menjelaskan dengan lanjut kenapa sistem ini dibangunkan. Ia mungkin untuk fungsi/ciri yang boleh digunakan oleh mereka yang kurang upaya dan mungkin akan diimplementasikan dalam produk-produk mereka akan datang.