Terdapat puluhan jam tangan pintar di pasaran tetapi siri Pro Trek dari Casio mungkin yang paling menarik kerana rekaan tahan lasak yang kelihatan agresif. Bagi peminat siri jam ini, Casio Pro Trek WSD-F21HR baru sahaja diumumkan dan sekali lagi tampil dengan sistem operasi Wear OS. Ia mempunyai rekaan yang serupa seprti Pro Trek WSD-F20 yang dilancarkan dua tahun lalu.
Perbezaan terletak pada WSD-F21HR yang dilengkapi sensor pengimbas nadi dan perubahan kosmetik pada bezel serta tali jam. Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin LCD 1.32″ sesentuh dwi lapis. Satu lapisan paparan berwarna dan satu lagi paparan monokrom untuk sekadar memaparkan waktu.
Casio tidak berkongsi maklumat mengenai pemproses, RAM atau storan. Ia sekadar mempunyai ketahanan MIL-STD 810G yang membolehkannya dibawa berselam sehingga 50 meter. Sensor lain yang disertakan ialah GPS, barometer, altimeter, accelerometer dan girometer. Casio Pro Trek WSD-F21HR akan dijual 13 September ini pada harga $499 (~RM2100) sebuah