Carian
KLIA Sedang Mengalami Gangguan Rangkaian Internet – Penumpang Disarankan Hadir Empat Jam Awal
August 22, 2019 Effi Saharudin

Akses kepada internet kini diiktiraf sebagai hak asasi manusia. Banyak keperluan harian memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Salah satunya ialah sistem mendaftar masuk penumpang di lapangan terbang. Bagi penumpang yang akan terbang dari KLIA hari ini, anda dinasihatkan supaya hadir sekurang-kurangnya empat jam lebih awal kerana lapangan terbang ini sedang mengalami gangguan rangkaian Internet.

Ini menyebabkan proses mendaftar masuk terganggu dan mengalami kelewatan. Selain hadir lebih awal, penumpang turut disarankan untuk melakukan proses mendaftar masuk secara atas talian terlebih dahulu menerusi laman syarikat penerbangan yang digunakan. Dari ciapan akaun @MAS, sistem pendaftaran pelanggan terpaksa dilakukan secara manual sehingga beberapa penerbangan mengalami kelewatan.

Pelanggan juga disarankan supaya membawa wang tunai kerana gangguan Internet turut menyebabkan sistem pembayaran menggunakan kad kredit, debit dan nirtunai tidak beroperasi.

DIKEMASKINI

Rangkaian Internet di KLIA and KLIA2 telah berjaya dipulihkan sepenuhnya. Namun begitu masih terdapat gangguan pada sistem paparan maklumat penerbangan di KLIA2.

Komen