Siri CPU Generasi Ke-10 “Comet Lake” Diperkenalkan Untuk Komputer Riba – Hadir Dengan Pilihan CPU Sehingga 6 Teras

Siri CPU Generasi Ke-10 “Comet Lake” Diperkenalkan Untuk Komputer Riba – Hadir Dengan Pilihan CPU Sehingga 6 Teras

Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 oleh .

Beberapa minggu lalu, Intel telah memperkenalkan siri CPU Intel generasi ke-10 mereka yang dinamakan Ice Lake. Siri CPU ini hadir dengan binaan 10nm yang baru, disamping hadir dengan cip pemprosesan grafik baru yang dinamakan Iris Plus yang jauh lebih berkuasa daripada apa yang diperkenalkan oleh Intel sebelum ini.

Terkini, Intel dilihat memperkenalkan sekumpulan lagi CPU generasi kesepuluh, SKU terbaru ini hadir dengan kod nama yang berbeza, iaitu Comet Lake.

CPU-CPU ini yang terdiri daripada model Y dan U, agak berbeza berbanding dengan siri CPU Ice Lake, dimana ia dibina menggunakan proses 14nm sebelum ini, dan tidak hadir dengan cip pemprosesan Iris Pro yang baru.

Walaupun begitu, siri CPU didalam kumpulan Comet Lake ini semuanya hadir dengan sokongan untuk WiFi 6, Thunderbolt 3, dan juga Hyperthreading, dimana setiap cip pemprosesan ini hadir dengan jumlah bebenang kuasa dua kali ganda lebih banyak dari jumlah teras.

Ini boleh dilihat dari model-model Intel Core i3-10110Y yang mempunyai dua teras fizikal dan 4 bebenang kuasa hinggalah Intel Core i3-10710U yang mempunyai enam teras dan 12 bebenang kuasa.

Fokus siri CPU Comet Lake ini adalah untuk membekalkan kuasa pemprosesan untuk peranti-peranti yang berkuasa, tetapi masih mengekalkan rekaan nipis dan ringan, seperti peranti-peranti Ultrabook dan komputer riba 2-dalam-1.

Untuk ini, Intel juga memperkenalkan teknologi Intel Adaptix, dimana pembina sistem boleh memperbaiki waktu memulakan sistem, meningkatkan prestasi peranti apabila diperlukan menggunakan pembelajaran mesin dan juga memudahkan mereka untuk memasang pembantu digital yang diingini.

Dari segi prestasi dan penggunaan kuasa, CPU Comet Lake ini hadir dengan kelajuan boost clock satu teras sehingga 4.9GHz, dan mempunyai jumlah penggunaan kuasa setinggi 25W sahaja.

Beberapa pembina komputer riba sudahpun mengumumkan beberapa model yang menggunakan siri CPU Intel Comet Lake ini, seperti Dell XPS 13,


TIPS & ULASAN