Peranti-peranti 5G yang sedia ada sekarang mempunyai tanda harga yang mahal. Ini kerana ia memerlukan cip modem Qualcomm X50 yang berasingan dan ia tidak terbina dalam cip Snapdragon 855. Setakat ini peranti 5G yang paling murah adalah Mi MIX 3 5G yang dilancarkan pada awal tahun ini.
HMD Global baru-baru ini memberitahu pihak Digital Trends, yang peranti Nokia 5G mampu milik akan hadir pada tahun 2020. Harga peranti 5G sekarang agak mahal. Contohnya Galaxy Note 10+ 5G yang dijual sekitar lebih RM5000. Harga sasaran HMD Global untuk peranti Nokia 5G pula adalah separuh daripada apa yang ada di pasaran sekarang, iaitu sekitar $500-$650 (~RM2091-RM2718) sahaja.
Sehingga hari ini di pasaran luar negara, peranti 5G adalah amat terhad. Jadi peranti ini hanya boleh dibeli melalui pelan telekomunikasi sahaja dan tidak boleh dibeli secara berasingan. Jika 5G masih lagi terhad pada tahun 2020, ada kemungkinan besar peranti Nokia 5G yang ‘murah’ ini juga akan terikat dengan kontrak syarikat telekomunikasi. Tetapi sekurang-kurangnya ada pilihan lain untuk memiliki perant 5G yang lebih murah.