Mijia adalah salah satu syarikat yang berkait rapat dengan Xiaomi. Banyak produk-produk peranti berhubung Xiaomi dihasilkan oleh Mijia. Harga jualan produk-produk Mijia juga adalah sangat mampu milik.
Terkini, Xiaomi telah hadir dengan satu tablet melukis baharu yang diberi nama Xiaomi Mijia LCD Blackboard. Ia adalah satu tablet dengan ketahanan bateri selama 1 tahun dan boleh digunakan untuk melukis dengan kesan lukisan seakan lukisan pada papan hitam. Terdapat dua variasi, iaitu 10-inci dan 13.5-inci – yang mana skrinnya adalah jenis LCD yang diubahsuai dengan tekanan yang sensitif.
Skrin LCD pada Mijia LCD Blackboard ini tidak akan memancarkan cahaya biru seperti peranti pintar biasa, jadi ia selamat untuk digunakan dan tidak akan membawakan risiko sakit mata. Menulis atau melukis pada paparan ini adalah dengan menggunakan stylus khas yang dicipta berasaskan magnet dan mempunyai pengalaman yang sama seakan menulis/melukis di atas kertas. Kerangka paparan ini pula diperbuat daripada bahan ABS dengan kemasan serongan di setiap sisi. Paparan ini juga adalah ringan mempunyai jisim 7g sahaja.
Disebabkan stylus ini diperbuat daripada magnet, ia boleh dilekat pada sisi paparan dengan mudah. Bateri hanya boleh tahan selama 1 tahun jika hanya 100 kali tulis/lukis dan padam dilakukan dalam masa satu hari. Harga jualan adalah RMB49 untuk versi 10-inci (~RM29) dan RMB99 untuk 13.5-inci (~RM58.5)