Cari @ Amanz

Moment sejak kebelakangan ini makin kerap melancarkan aksesori baharu. Baru sahaja bulan lepas mereka melancarkan lensa untuk dron, hari ini mereka melancarkan satu lagi aksesori baharu yang menarik.

Aksesori ini adalah penuras lensa Cine 37mm. Terdapat dua jenis penuras Cine 37mm yang dilancarkan, iaitu jenis CPL dan satu lagi adalah jenis ND dan juga cagak penuras yang boleh digunakan tanpa lensa luaran. Apakah keistimewaan penuras lensa Cine 37mm ini?

  • Kaca lensa B270 yang bertaraf rakaman membuat filem
  • Tahan lasak dengan lapisan hydrophobic dan lapisan anti-calar
  • Mudah alih dengan saiz yang sangat kecil dan kerangka penyimpan besi turut disediakan
  • Piawaian 37mm yang tidak terdapat pada mana-mana lensa lain. Jadi ia boleh digunakan pada mana-mana alatan Cine dan cagak Cine 37mm lain.

Lebih menarik dengan penuras ini adalah, ia boleh terus disambung pada kerangka pelindung Moment. Untuk masa yang terhad, Moment menawarkan diskaun sebanyak 20% sempena penuras ini dilancarkan. Harga versi CPL menjadi hanya $49.98 daripada $54.98, manakala versi ND pula berharga $39.98 daripada $44.98. Moment turut menjual berkas penuras baharu ini pada harga $99.96 (harga asal $129.96). Bagi yang berminat, Moment turut boleh menghantar tempahan produk-produk mereka ke Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd