Siri telefon Samsung Galaxy A50 dan Galaxy A30 sebelum ini boleh dikatakan antara yang popular pada awal tahun ini. Kini, menyambung penawarannya, Samsung telah pun mengumumkan kemaskini kepada kedua-dua telefon pintar ini, iaitu Galaxy A50s dan juga Galaxy A30s.
Samsung Galaxy A50s dan juga Galaxy S30s, kedua-duanya hadir dengan tri-kamera belakang, yang mana sekaligus menyertakan sokongan rakaman ulltra-lebar bersama-sama dengannya.
Samsung Galaxy A30s hadir dengan skrin 6.4-inci pada paparan HD+, menggunakan skrin Super AMOLED dengan bertakuk kecil, cip pemprosesan lapan teras, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 128GB.
Ia menggunakan kamera swafoto 16-megapixel. kamera belakang 25MP + 5MP (Depth) + 8MP (Ultra-Lebar). Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari atas skrin.
Samsung Galaxy A50s pula hadir dengan skrin 6.4-inci pada resolusi FHD+, menggunakan skrin Super AMOLED dengan bertakuk kecil, dijana cip lapan-teras, memori sehingga 6GB RAM, dan storan 128GB.
Untuk rakaman gambar swafoto, ia menyertakan sensor 32MP, tri-kamera belakang gabungan 48MP + 5MP (Depth) + 8MP (Ultra-Lebar). Galaxy A50s juga turut menyertakan sensor pengimbas cap jari pada skrin.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.