Cari @ Amanz

OnePlus telah mengumumkan nama televisyen mereka secara rasmi beberapa minggu lalu. Ia digelar sebagai OnePlus TV kerana nama itu memberi maksud yang jelas apakah produknya dan juga mempunyai logo dengan susun atur geometri dan berasaskan hasil seni klasik.

Semalam mereka telah mengacah imej OnePlus TV pula. Tidak banyak yang tertera pada imej ini, tetapi ia jelas mungkin mempunyai bahagian ‘dagu’ yang tebal untuk memaparkan logo OnePlus. Jika OnePlus mengikut trend terkini, bezel keliling sepatutnya mempunyai rekaan yang nipis. Selain itu, OnePlus turut menjelaskan yang OnePlus TV bukanlah sekadar televisyen dalam kategori peranti berhubung tetapi juga sebagai hab sosial pintar.

OnePlus juga berhasrat yang OnePlus TV akan menjadi standard untuk televisyen pintar jenama lain. Ini kerana televisyen pintar bukan hanya paparan yang cantik, tetapi juga merupakan produk pelengkap untuk sesuatu rumah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd