Cari @ Amanz

Korea Selatan, khususnya SK Telekom adalah diantara syarikat telekomunikasi pertama yang memperkenalkan sambungan 5G secara terbuka di dunia.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa syarikat tersebut mempunyai seramai 1 juta pengguna yang menggunakan perkhidmatan internet pantas tersebut.

Apa yang menarik mengenai ini ialah SK Telecom mencatatkan jumlah pelanggan tersebut hanya lima bulan selepas perkhidmatan tersebut diperkenalkan. Apabila perkhidmatan LTE mereka diperkenalkan pada bulan Julai 2011, syarikat tersebut mengambil masa lapan bulan untuk mencatatkan jumlah pelanggan yang sama.

SK Telecom turut berkongsi bahawa jumlah pengguna 5G mereka merangkumi 3.6 peratus daripada 27.6 juta jumlah pelanggan keseluruhan, dan bahawa penggunaan data pengguna-pengguna ini meningkat daripada 20.4GB sebulan ke 33.7GB sebulan.

Dari segi pilihan peranti pula, para pengguna 5G di Korea Selatan boleh memilih untuk menggunakan salah satu daripada tiga peranti pintar, iaitu Samsung Galaxy S10, Samsung Galaxy Note 10 dan juga LG V50 ThinQ, dimana ia telah diumumkan bahawa jumlah peranti yang boleh menyokong sambungan 5G akan meningkat dengan mendadak di masa akan datang.

Sambungan rangkaian 5G masih sedang berada di dalam peringkat ujian dimana semua syarikat telekomunikasi tempatan sedang menguji keberkesanan rangkaian tersebut dalam meningkatkan lagi mutu ketersambungan digital Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd