Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang paling popular di dunia baut masa ini. Selain penawaran percuma, Spotify turut mempunyai penawaran berbayar dinamakan Spotify Premium.
Spotify Premium sebelum ini hanya menawarkan tempoh percubaan percuma selama 30 hari sahaja, sebelum memulakan caj pembayaran. Hal berkenaan berubah hari ini apabila Spotify kini melanjutkan tempoh berkenaan kepada sehingga 90 hari.
Bermula hari ini, sesiapa yang ingin melanggan Spotify Premium boleh mencuba perkhidmatan berkenaan, dan anda akan menerima akses sehingga 90 hari melaluinya.