Android Q Dijenamakan Semula Sebagai Android 10 – Memperkenalkan Logo Dan Identiti Baharu

Android Q Dijenamakan Semula Sebagai Android 10 – Memperkenalkan Logo Dan Identiti Baharu

Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 oleh .

Sejak Android 1.5 (Cupcake), Google telah menggunakan nama pencuci mulut popular sebagai cara untuk membezakan versi-versi sistem operasi mudah-alih Android dengan senang.

Akan tetapi, perkara tersebut akan berubah dengan sistem operasi Android Q, dimana sistem operasi tersebut tidak akan menggunakan penjenamaan tersebut. Sebaliknya, Google telah mengemaskini logo Android dengan rekaan baru, dan mengumumkan bahawa Android Q  akan dijenamakan semula sebagai Android 10.

Android

Penjenamaan semula ini dilakukan disebabkan oleh beberapa sebab. Pertama ialah rekaan logo terbaru ini lebih mudah untuk dibaca, dan dimuatkan dalam peranti Android yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.

Penukaran jenama sistem operasi daripada nama pencuci mulut kepada sebuah jenama yang agak mudah diingati seperti Android 10 pula ialah kerana terdapat beberapa nama pencuci mulut yang digunakan agak sukar untuk disebut ataupun dieja, dan untuk sebuah jenama global seperti Android, akan ada pengguna yang mungkin tidak akan mengenali pencuci-pencuci mulut ini, seperti Eclair ataupun Froyo.

Walaupun begitu, Sameer Samat, timbalan president pengurusan produk untuk Android turut mengatakan bahawa penjenamaan pencuci mulut ini tidak akan terkubur kerana pembangun Android di Google masih akan menggunakannya untuk binaan sistem operasi ujian mereka, dimana mereka sudahpun memilih satu nama untuk “Android R”.


TIPS & ULASAN