Apple AirPods Dengan Pembatalan Hingar Dan HomePod Yang Lebih Murah Mungkin Akan Hadir Pada Tahun 2020

Apple AirPods Dengan Pembatalan Hingar Dan HomePod Yang Lebih Murah Mungkin Akan Hadir Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 oleh .

Google mempunyai pembesar suara pintar, Amazon juga mempunyai produk yang sama. Tetapi Apple? HomePod adalah pembesar suara pintar mereka yang hadir dengan Siri terbina, tetapi menurut laporan hasil jualannya tidak memberangsangkan. Jadi, versi baru mungkin akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Apple Homepod

Menurut laporan Bloomberg, Apple mungkin akan hadir dengan HomePod yang lebih murah. Ia mungkin adalah versi ‘mini’, kerana ia dilaporkan akan hanya mempunyai dua pemacu audio dan bukannya tujuh seperti yang ada pada HomePod sekarang. Harga jualan dikatakan mungkin akan dijual pada harga antara $150 hingga $200.

Apple AirPods

Selain itu, AirPods versi baru yang lebih mahal turut dikatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan. Kali ini ia akan hadir dengan sokongan pembatalan hingar dan juga perlindungan kalis air. Untuk itu, ia mungkin akan hadir dalam bentuk dalam-telinga, kecuali jika Apple menemui jalan untuk hadir dengan sokongan ini dengan mengekalkan rekaan EarPod.

Dengan perancangan baharu Apple ini, adakah mereka mampu mendapatkan jualan HomePod yang lebih baik? Siri masih tidak sepintar Google Assistant, jadi patutkah Apple teruskan hadir dengan produk seperti ini? AirPods baharu tidak dinafikan pasti ramai sahaja akan beli kerana ia sungguh efisien – sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: Bloomberg melalui The Verge


TIPS & ULASAN