Cari @ Amanz

Dengan ribuan imej diambil setiap tahun proses mencari semula gambar yang telah dimuat naik ke Google Photos akan menjadi agak sukar. Sebagai contoh di akhir bulan kami terpaksa menatal ratusan gambar untuk mencari resit parkir untuk melakukan tuntutan wang dari majikan. Google Photos secara senyap telah dikemaskini dengan fungsi membaca imej di dalam gambar dan melakukan carian berdasarkan teks di dalam gambar.

Fungsi ini ditemui oleh seorang pengguna dan disahkan sendiri oleh akaun rasmi Google Photos semalam. Ia amat berguna untuk pelajar kerana teks dari gambar dokumen misalnya boleh di salin tampal terus ke dalam dokumen lain. Ini dilakukan dengan menekan ikon Google Lens di dalam Photos. Pilih teks yang diinginkan dan kemudian tekan Copy Text. Teks yang telah disalin boleh ditampal ke dokumen lain secara terus.

Pada waktu yang sama gambar yang telah dimuat naik boleh dicari dengan menggunakan kata kunci. Seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas, kami melakukan carian Samsung dan imej dengan perkataan Samsung didalamya disenaraikan oleh Photos. Sila kemas kini aplikasi Photos anda hari ini untuk mencuba fungsi baharu hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd