Gangguan Sistem Di KLIA Dan KLIA2 Berterusan Ke Hari Kedua

Gangguan Sistem Di KLIA Dan KLIA2 Berterusan Ke Hari Kedua

Diterbitkan pada Ogos 23, 2019 oleh .

Gangguan sistem rangkaian Internet di KLIA dan KLIA2 semalam mengakibatkan operasi di kedua-dua lapangan terbang mengalami gangguan. Proses daftar masuk penumpang dan sistem maklumat penerbangan kesemuanya dilakukan secara manual. Tular di media sosial maklumat penerbangan dipaparkan pada papan putih dengan menggunakan marker.

Walaupun mengatakan sistem telah pulih petang semalam, pihak Malaysia Airports mengeluarkan kenyataan terkini yang mengatakan rangkaian Internet masih belum stabil sehingga jam 6 pagi ini . Oleh itu kesemua penumpang disarankan sekali lagi untuk hadir empat jam sebelum waktu penerbangan bagi melancarkan proses perjalanan Malaysia. Bagi pelanggan yang terjejas, My Airports akan menawarkan parkir percuma di KLIA (blok A,B,C,D) sehingga enam pagi ini.

Sementara itu menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke kini meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberikan penerangan mengapa insiden ini berlaku.

Gangguan yang berlaku sejak semalam mengakibatkan sistem pendaftaran masuk penumpang, sistem bagasi, paparan maklumat penerbangan WiFi dan pembayaran menggunakan kad lumpuh. Lebih 60 penerangan juga mengalami kelewatan di pintu masuk udara utama negara.


TIPS & ULASAN