Cari @ Amanz

Instagram, platform media sosial yang popular untuk perkongsian gambar dan video kini dikatakan sedang menguji menunjukkan iklan berbayar secara berturut-turut melalui ciri Stories mereka.

Sebagai sebuah platform yang secara rata-ratanya percuma, iklan melalui Instagram boleh hadir melalui dua cara. Daripada iklan Sponsored yang boleh dilihat apabila pengguna menatal melalui garis masa Instagram. Cara kedua pula ialah melalui Stories, dimana pengguna akan disajikan iklan berbayar apabila menatal melalui garis masa ciri tersebut.

Bermula minggu ini, Instagram dilaporkan menguji menunjukkan dua iklan berturut-turut daripada pengiklan yang berbeza didalam stories, disamping menyelitkan juga iklan gambar dan video melalui ciri Explore mereka.

Buat masa ini, iklan-iklan ini hanya dapat dilihat oleh sekumpulan kecil pengguna Instagram, dan pihak pengurusan Instagram akan memutuskan jika iklan berturut-turut ini akan hadir untuk semua pengguna lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd