Xiaomi Mi A1 adalah peranti Android One pertama daripada Xiaomi. Peranti boleh dikatakan meraih populariti yang agak dahsyat, kerana Xiaomi sering dikenali dengan peranti yang menjalankan MIUI – tetapi dengan sistem seakan Android asli? Itu adalah lain daripada yang lain.
Xiaomi kemudiannya meneruskan siri Mi A ini dengan Mi A2 dan Mi A2 Lite pada tahun 2018 dan tahun ini Mi A3 diperkenalkan dengan skrin yang di turun taraf tetapi spesifikasi yang dinaik taraf. Xiaomi India baru-baru ini telah berkongsi statistik jualan peranti Android One di peringkat global. Mi A1 dan Mi A2 adalah dua peranti Android One yang paling laris terjual berbanding dengan jenama lain.
Mi A1 terjual lebih 2.4 kali ganda berbanding peranti Android One lain. Kemudian, Mi A2 pula adalah lebih laris berbanding Nokia 3.1, Nokia 6.1 dan siri Motorola One. Antara sebab kejayaan ini adalah, Xiaomi Mi A lebih mudah untuk dibeli dan peranti seperti Motorola dan Nokia dijual pada harga yang mahal dan pasarannya adalah terhad.
Mi A3 tidak pasti jika boleh mengalahkan jualan seperti Mi A1 dan Mi A2, ini kerana skrin HD+ adalah satu perkara yang kurang menyenangkan walaupun ia menggunakan panel AMOLED.