Cari @ Amanz

Amazfit adalah siri peranti boleh pakai daripada Huami. Amazfit merupakan jam tangan ‘pintar’ yang fokus kepada kecergasan. Ia tidak sepintar jam tangan pintar sebenar seperti watchOS atau Wear OS, ia hanya mempunyai fungsi-fungsi terhad.

Pada minggu hadapan iaitu 27 Ogos, Huami akan melancarkan jam tangan baharu bagi menandingi Apple Watch. Tidak pasti lagi jika ia adalah jam tangan pintar seperti Amazfit Verge 2 atau hanya jam tangan yang memfokuskan kecergasan. Tetapi apa yang pasti adalah, ia akan menggunakan skrin yang ditempah khas yang mempunyai 341 ppi. Panel skrin ini dikatakan adalah hasil kerjasama dengan syarikat skrin JDI. Jika dibandingkan dengan Apple Watch Series 4, ia hanya mempunyai 326 PPI – ini bermakna skrin jam baharu Amazfit ini akan lebih cantik dan jelas.

Seterusnya, Amazfit Pace 3 turut akan dilancarkan sekali. Ia akan menggunakan skrin paparan transflective. Bentuk adalah sama, iaitu bulat dan saiz pula adalah 1.34-inci dan panelnya juga ditempah khas dengan JDI. Harga jualan dan butiran spesifikasi hanya akan diketahui pada minggu hadapan – sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd