Gambar Pengolokkan OnePlus 7T Hadir Ke Arena Web

Gambar Pengolokkan OnePlus 7T Hadir Ke Arena Web

Diterbitkan pada Ogos 24, 2019 oleh .

Pada masa kini, telah menjadi kebiasaan kita melihat gambar sesuatu peranti hadir tertiris ke arena web jauh sebelum pelancarannya. Kini, lanjutan daripada perkongsian semalam, hari ini pihak @Onleaks dan Pricebaba berkongsi beberapa gambar pengolokkan untuk OnePlus 7T yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui apa yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan telefon pintar dengan skrin bertakuk kecil ditenah, selain mana ia menggunakan tri-kamera belakang yang disusun dalam ruangan berbentuk bulat di bahagian belakang.

OnePlus 7T

Buat masa ini, spesifikasi penuh telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Namun, kita mungkin akan dapat melihat penawaran spesifikasi tinggi seperti model-model OnePlus sebelum ini – dan semestinya lebih tinggi berbanding OnePlus 7 sebelum ini.

Melalui gambar pengolokkan yang hadir melalui Pricebaba ini, apa kata anda? Adakah anda menyukai rekaan OnePlus 7T ini?

OnePlus 7T


TIPS & ULASAN