Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah mengadakan sebuah acara khas bersempena Kuala Lumpur Fashion Week 2019, dimana mereka memperlihatkan beberapa produk keluaran mereka. Turut diperlihatkan pada acara berkenaan adalah sebuah kaca mata pintar daripada Huawei.

Huawei Kaca Mata

Untuk makluman, kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan pihak Gentle Monster, dan telah diperlihatkan pada Mac 2019 lepas.

Kaca mata pintar ini hadir dengan rekaan seumpama kaca mata biasa, tetapi turut hadir dengan komponen seperti pembesar suara, mikrofon dan sebagainya. Ia dilihat ditawarkan sebagai alternatif untuk pemakaian fon telinga.

Melalui pertanyaan kami kepada pihak Huawei Malaysia, mereka mengatakan merancang memperkenalkan kaca mata pintar ini dalam masa terdekat untuk pasaran tempatan. Namun, tarikh dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd