Huawei Nova 5T Diperlihatkan Secara Rasmi – Skrin Berlubang, Empat Kamera Belakang, 48MP

Huawei Nova 5T Diperlihatkan Secara Rasmi – Skrin Berlubang, Empat Kamera Belakang, 48MP

Diterbitkan pada Ogos 25, 2019 oleh .

Huawei hari ini telah pun secara rasminya memperlhatkan telefon pintar Huawei Nova 5T kepada umum pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2019. Peranti ini sekadar diperlihatkan secara ringkas bersama-sama penjenamaan baru Nova, dan pada masa yang sama berkongsi berkaitan tarikh pelancaran peranti berkenaan yang dijadualkan pada 27 Ogos 2019 ini di Malaysia.

Huawei Nova 5T dilihat membawakan penawaran yang lebih kurang sama seperti Honor 20 Pro.

Huawei Nova 5T

Huawei Nova 5T

Ia hadir dengan rekaan skrin berlubang dihadapan, selain mana pada bahagian belakang ia menyertakan empat-kamera dengan lensa utama membawakan lensa 48-megapixel.

Sekiranya ia mengikut penawaran spesifikasi dan perisian seperti Honor 20 Pro, maka kita boleh melihat penawaran telefon pintar berkuasa tinggi, dan menawarkan sokongan rakaman gambar yang cantik bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 27 Ogos ini untuk pelancaran rasmi Huawei Nova 5T di Malaysia dan juga pada peringkat global.


TIPS & ULASAN