Cari @ Amanz


Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi 9T Pro. Seperti ramai sedia maklum, ia adalah variasi Redmi K20 Pro untuk pasaran global.

Xiaomi Mi 9T Pro

Xiaomi Mi 9T Pro hadir dengan rekaan skrin menyeluruh bersaiz 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Ia hadir dengan tri-kamera belakang mengabungkan kamera 48MP + 13MP kamera ultra-lebar dan 8MP telefoto. Ia turut dilengkapi dengan kamera swafoto 20-megapixel yang diletakkan pada mekanisma pop-naik.

Xiaomi Mi 9T Pro

Di Malaysia, dua variasi Mi 9T Pro akan ditawarkan. Versi 6GB RAM / 64GB storan ditawarkan pada harga RM1599, sementara 6GB RAM / 128GB storan ditawarkan pada harga RM1799. Kedua-dua versi peranti ini akan ditawarkan bermula 30 Ogos 2019 ini di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd