Cari @ Amanz

Redmi, sub-jenama dibawah Xiaomi telah pun memperkenalkan telefon pintar Redmi K20 pada tahun ini, yang berjaya mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia. Menariknya, terkini pihak Redmi turut dalam perancangan untuk memperkenalkan Redmi K30.

Melalui perkongsian Lu Weibing, beliau mengatakan Redmi K30 akan menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya.

Redmi K30


Hal ini sekaligus mengesahkan yang mana nama peranti akan datang, iaitu Redmi K30 – selain turut mengesahkan ia sudah pun dalam pembangunan. Pada masa yang sama, agak menarik kerana perkongsian ini dilakukan melalui peranti Redmi Note 8 Pro yang belum dilancarkan lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Redmi akan memperkenalkannya. Mungkinkah kita akan melihat ia diperkenalkan dalam masa terdekat ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd