Kajian Terkini Mendapati Ibadah Haji Akan Menjadi Berbahaya Kerana Pemanasan Global

Kajian Terkini Mendapati Ibadah Haji Akan Menjadi Berbahaya Kerana Pemanasan Global

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

Pemanasan global berlaku kerana gas rumah hijau yang semakin meningkat ditambah pula dengan aktiviti manusia yang semakin meningkat. Pada Mei lalu, kepekatan karbon dioksida di udara mencapai tahap tertinggi sejak kewujudan manusia. Menurut kajian terkini dari MIT. pemanasan global juga akan menyebabkan ibadah haji menjadi berbahaya kerana pemanasan gobal

Kajian ini dilakukan oleh Elfatih Eltahir profesor kejuruteraan awam dan alam sekitar di MIT. Dalam kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Geophysical Review Letters, suhu yang melampau akan berlaku ketika musim haji pada tahun 2047-2052 dan 2079-2086. Pada tahun-tahun tersebut ibadah haji akan berlangsung ketika musim panas di Arab Saudi.

Untuk melihat bahaya suhu tinggi ke atas jemaah haji, wet bulb temperature (TW) digunakan. TW ialah suhu pada termometer yang diselaputi kain yang basah bagi melihat kemampuan tubuh menyejukkan badan dengan proses berpeluh. Pada suhu TW 85°F (29 °C ), risiko strok haba, boleh berlaku yang menyebabkan kerosakan otak, jantung, ginjal, otot dan juga kematian adalah tinggi.

Sekilas pandang ia tidak kelihatan seperti suhu yang tinggi tetapi TW 95°F (35 °C ) adalah bersamaan dengan suhu udara 46 °C dengan kelembapan udara 50%. Musim panas di Arab Saudi mempunyai gabungan suhu dan kelembapan udara yang tinggi yang menghasilkan TW yang juga tinggi.

Memandangkan majoriti ibadah haji dilakukan di kawasan terbuka, risiko ke atas jemaah terutamanya yang berusia akan meningkat. Tambahan lagi dengan jutaan jemaah di satu tempat, ia boleh mendatangkan risiko kesesakan jika mereka terjatuh kerana pengsan yang boleh mengakibatkan insiden seperti Terowong Muassim 1990 dan rempuhan Mina 2015 berulang.

Ini tidak bermakna ibadah haji akan dihentikan. Sebaliknya sistem penyejukan yang lebih baik seperti semburan air yang digunakan sekarang perlu ditambah dan pengurangan jemaah mungkin boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko.


TIPS & ULASAN