RedmiBook 14 Enhanced Juga Akan Dilancarkan Pada 29 Ogos – Akan Dijana Intel i7 Generasi Ke-10

RedmiBook 14 Enhanced Juga Akan Dilancarkan Pada 29 Ogos – Akan Dijana Intel i7 Generasi Ke-10

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

Kita sudah tahu yang Redmi akan melancarkan televisyen pintar mereka dan Redmi Note 8 pada 29 Ogos ini. Tetapi di Weibo, Redmi telah mengacah satu produk lagi yang bakal dilancarkan pada hari yang sama. Produk ini adalah komputer riba mereka, RedmiBook.

Redmi akan memperkenalkan RedmiBook 14 Enhanced, yang mana akan dijana dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi Ke-10. Kemudian, Redmi turut memberitahu yang komputer riba ini akan menjadi komputer riba pertama yang mempunyai jisim yang ringan dengan rekaan berwarna-warni. Kebarangkalian, ia mungkin adalah rekaan warna cerun.

Bagi yang tidak mengenali apa itu RedmiBook, ia adalah komputer riba jenis ultrabook daripada Redmi. Menjadikan komputer riba ini unik adalah nisbah harga-ke-spesifkasinya. Ia mempunyai harga yang sangat murah dengan spesifikasi yang berkuasa. Jika dibandingkan dengan jenama komputer riba lain, RedmiBook murah sekitar RM500-RM1000 mengikut variasi da jenis. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi buat RedmiBook 14 Enhanced nanti.


TIPS & ULASAN